PROSES TINDAKAN TATATERTIB STAF USM

 

1.    Tindakan Ketua Jabatan berkenaan

2.    (i) Aduan/laporan daripada Ketua Jabatan

 

Ketua Jabatan mesti kemukakan laporan bertulis kepada Unit Perundangan, Jabatan Pendaftar. Laporan mestilah lengkap dan terperinci :-

 

Contoh:

 

Laporan mestilah disertakan dengan:

 

l.Nama staf, no. staf/kad pengenalan, jawatan,status(tetap/percubaan) dan Jabatan/Pusat/Pusat Pengajian.

 

2.Tarikh/masa kejadian. Jika tidak hadir bertugas (perlu disertakan dengan rekod kehadiran sekiranya ada/tarikh dan

masa kesalahan dilakukan.

 

3.Nyatakan kesalahan yang dilakukan.

 

4.Bukti kesalahan jika ada (contoh : gambar,buku rekod kedatangan/pengesahan doktor dan lain-lain).

 

5.Nama saksi (beserta no. staf/kad pengenalan, jawatan, Jabatan / Pusat / Pusat Pengajian).

 

6.Dokumen/peraturan yang menetapkan prosedur Jabatan (jika ada).

 

7.Lain-lain maklumat yang boleh membantu seperti surat amaran Ketua Jabatan dan lain lain.
 

 

(i) Aduan/laporan daripada staf terhadap Ketua Jabatan atau mana-mana pegawai yang lebih tinggi kedudukan darinya

 

Staf berkenaan mesti kemukakan laporan bertulis kepada Pegawai yang bertanggungjawab terhadap Ketua Jabatan beliau atau mana-mana pegawai yang lebih tinggi kedudukan dari Ketua Jabatan tersebut. Contohnya :-

MUSTAHAK
Laporan yang dikemukakan mestilah lengkap dan terperinci seperti nama pegawai yang melaporkan, bukti kejadian dan sebagainya. Sila ikut langkah 1-7 contoh laporan Ketua Jabatan. Sebarang aduan/laporan mestilah dilakukan dengan penuh tanggungjawab tanpa sebarang prasangka dan sebagainya.
 

 

Tambahan (Untuk Kes Tidak Hadir Bertugas Tanpa Sebab)

1.     Ketua Jabatan memaklumkan Bendahari untuk Tahan Gaji staf terbabit bagi jumlah hari yang tidak hadir - Hantar surat & P.E kepada Bendahari.

 

2.      Serahkan A.R. Berdaftar/Surat rasmi yang mempunyai akuan penerimaan untuk meminta staf hadir bekerja dan selepas itu Ketua Jabatan lapor kepada Unit Perundangan samada tertuduh hadir (tiada khabar langsung).

 

Untuk Kes Jenayah

1.    Apabila Ketua Jabatan tahu staf terlibat dengan perbuatan jenayah, Ketua Jabatan hendaklah dapatkan laporan polis/mahkamah dan kemukakan maklumat tersebut kepada Urusetia Tatatertib.

 

2.     Perakuan Ketua Jabatan untuk tahan kerja atau tidak.

 

3.    Setelah prosiding jenayah selesai dan staf didapati bersalah/tidak bersalah/rayuan ditolak - Ketua Jabatan dapatkan laporan mahkamah - laporkan kepada Unit Perundangan, Jabatan Pendaftar.

 

Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib A, B,C,D & E

 

Jawatankuasa Siasatan - Jika Jawatankuasa Tatatertib berpendapat  perlu ditubuhkan.

 

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib  - Jika ada rayuan selepas tindakan sabit kesalahan (14 hari dari tempoh keputusan tatatertib diberi kepada tertuduh).